Thursday, March 29, 2012 » 12:45 PM » 0Comment(s)
Assalamua'laikum. Tengah hari ni, aku nak kongsi pendapat aku pasal wanita/gadis Islam yang memakai tudung, hijab, selendang atau apa-apa sahaja yang menutup kepala diorang.Sampai hari ni, aku ingat lagi apa yang ustat aku cakap kat aku tentang perbezaan tutup dan bungkus aurat ni.
Dia cakap, perempuan ni ibarat buah, mula-mula aku terkejut jugak dia cakap macam tu. Aku ingat dia dah buang tebiat, tapi dia macam tahu je apa yang aku pikir, dia cakap "tunggu dulu, dengar apa yang saya cakap baru awak nilai saya." Ok, cepat sangat melulu. Kemudian, dia sambung lagi, "kalau buah ni tertutup dengan paper yang tebal dan tak nipis, mesti tak ada semut, ulat, lalat yang nak singgah kat buah tu. Cuba awak bayangkan kalau buah tu tak dibalut dan ditutup, mesti banyak gila semut, lalat, ulat yang jerkah buah tu."
Seram bila tengok patung ni, kalo ni perempuan betul lagi seram!
Pada hemat aku, lelaki boleh nampak kesalahan yang ada pada perempuan dan sebaliknya, perempuan juga boleh nampak kesalahan pada lelaki. Tapi tak pada jantina masing-masing. Kalau perempuan dengan perempuan, lain cerita. Begitu jugak dengan lelaki sama lelaki. Semua nampak orait je, semua nampak cantik, indah je.
Elok ke? Aku rasa tak.
Ada sorang hamba Allah cakap kat sorang hamba Allah yang aku kenal dan dia bagitahu kat aku, yang secara jujurnya dia tak suka tengok perempuan Islam pakai tudung tapi tak pakai ikut syariat. Yang cakap tu bukan orang Islam, tapi orang kafir.
Mak cik yang sudah buang tebiat.
Dia heran gila-gila kenapa seorang Muslimah boleh pakai cam orang bukan Islam. Terkejit? Terkejut? Aku rasa tak. Sebab isu ni dah lama bertapak kat tanah Melayu ni. Dah jadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan. Memakan kita tanpa kita sedari.
Aku terasa tahap gaban bila kawan Cina aku tanya kenapa aku pakai tudung, (报头) tak macam orang lain. maksud dia macam gambo kat atas ni. Kenapa aku tak pakai tudung macam tu. Aku cakap la kat dia yang semua orang ada option, pilihan yang dia suka. Kalo dia suka pakai tudung cam tu, sukati opah dia la. *sori kaso sket*
Ingat, lelaki punya imaginasi lagi kuat daripada perempuan. Kalau dia nampak muka kita pun dia boleh bayangkan yang kita ni tengah buat perkara yang tak elok dengan dia. Ni bukan fakta yang aku buat-buat sendiri, tapi pengakuan daripada blogger yang aku follow sendiri. Dia tak tahan dengan seksaan yang ditujukan kepada kaum dia, kaum Adam. Wanita zaman sekarang ni yang zalim. Zalim kepada masyarakat dan zalim kepada diri sendiri. Kenapa torture lelaki? Diorang dah la tak ada sebarang ikatan sah dengan mana-mana perempuan, dapat saje tengok plak tu. Tak ke geram perasaan diorang. Akibatnya, kes rogol pun terjadi. Lepas tu, nak salahkan lelaki. Tak ke kejam tu? D:
Ok la, aku rasa sampai sini aje la aku membebel. Selamat tinggal. Assalamua'laikum. :)
*komen kalau anda rasa sesuatu yang tak berapa nak betul, atau ada benda yang terbuku. Semua gambo ni diedit oleh admin*
Labels: Islam, Life, Malaysia, Malaysian, Muslims, Religion, Retard
º Latest Post º Older Posts º
My Profile
Dishonour to your cow. Now pour the tea.
View My Complete Profile
Page
C'mon. Have a click
Other Worldly
Rumors are made by people who just want attention from the person they made it about. :)
Tags and Labels
Time Bomb!!
· Wishes ·
Me Elsewhere ♥
Ask me sh!tsClick it!!
Hate me?
Say What You Want
Say something that please you. I accept both good and hate comment. Be a troll!!Tweetz
I just want to pump up
my blog and put this widget.
I'm SO out of idea. My house, my PROUD
{ wear }
Icons by » This fella.
Press Them
The Fray
All Time Low
Trivium
Evanescence
Breaking Benjamin