...polysyllabic...
Hello welcome to my online diary. Feel free to read and post comments!

The Posts

HELLO ZEMUA
Tuesday, October 01, 2013 » 2:18 PM » 0Comment(s)

Assalamualaikum. Woi dah masuk 2013 tapi aku jarang gila, eh silap. Langsung tak tulis entri. Sebabnya, aku. Sibuk. Gila. Babi. Lahanat. Faham? Dah. Tu je lah explanation yang patut aku buat and bagi kat enkohorang zemua en en. Dah. Malas nak taip. Aku belum santap nasi lagi hari ni. Sekian

ps: BMTH nak datang sini and mungkin aku pergi. Bonda sudah kasi geren lait :B

Labels: , , ,



Fatamorgana, manusia dan bom.
Friday, June 08, 2012 » 5:39 PM » 1Comment(s)

Assalamua'laikum.
Korang semua pernah terpikir tak tentang Perang Dunia Ke-tiga. Ya. World War Three. Pada hemat aku, perkara ni tak mustahil. Tengok la dunia sekarang. Bom sana, bom sini, makan bom, buat bom, jual bom. Tiap-tiap hari bom. Tak mustahil. Tak. Memang tak.
Israel dengan pegangannya. Nak tanah Palestin. Nak conquer al-Aqsa tak kira apa jua sekalipun. Lantak korang la korang nak cakap apa. "Kami busuk ke, kami setan ke, kami corrupt ke. Ada kami kisah? Tak." Diorang tak kisah korang cakap apa pun. Sebab, diorang ada tujuan kat muka bumi ni. Tujuan diorang nak conquer al-Aqsa, lepas tu dunia Arab, kemudian dunia. Tak mustahil. Memang tak mustahil. Macam aku cakap tadi. Sebab diorang tahu sebab apa diorang hidup kat dunia ni.
Orang Amerika/Eropah? Diorang?? Ish. Diorang dengan dunia diorang. Diorang bukannya heran sangat pun dengan dunia ke-2 dan ke-3 ni. Diorang dunia pertama. World's first class. Peduli hapa. Diorang kaya, berpengaruh, ada syarikat multi-billion. Apa diorang kisah? Tak. Diorang tak. Diorang tak akan peduli kisah, tak akan kisah dengan dunia lain. Diorang hanya akan kisah dengan dunia diorang. Berlumba-lumba cipta rekod untuk menaikkan lagi nama diorang di mata dunia. Sebab tu Lady Gaga buat lagu Born This Way. Sebab tu memag cara hidup diorang.Cara mudah dan simple kata diorang. Yang ada nak kisah pasal dunia-dunia luar ni pun...mungkin dalam dua-tiga orang.
Jadi, persoalannya sekarang ni. Siapa yang boleh peduli dengan dunia moden yang kotor, busuk dan jijik ni kalau bukan orang Islam? Ya. Muslimin yang patut peduli. Tapi malangnya kita tak peduli. Tak heran. "Lantakla diorang. I dengan K-Pop I je..." atau "Alah..US ngan NATO nak minyak je kan. Nanti lepas minyak tu abis diorang diam la..kecoh ah kau ni." atau pun "Kitorang pun sakit. Nak tolong orang lain. Biar betul ni. Bajet ah..." atau yang panas sikit cam "I nak pergi berdemonstrasi dengan Dato Polan. Sebab dia dah janji dengan I nak bagi Ferrari. Sorry la. Tak ada masa nak pikir tentang benda ni."
Sentence-sentence atau bait-bait ala-ala cam tu banyak terpacul keluar dari bangsa kita sendiri. Bangsa Islam. Boleh cakap macam tu dekat bangsa dia sendiri. Inilah manusia. Terikat sangat dengan pegangan assabiyah dan jaga tapi kain sendiri. Atau diorang sebenarnya memang tak peduli.
Sebab zaman dan berubah. Mungkin sebab dunia nak abis kot. Nak kiamat. Nak mati. Perangai manusia dah bersimpang siur. Tak ada lagi manusia. Hanya makhluk yang pentingkan kejayaan dan hilang pegangan hidup.
Jadi. Aku di sini nak tegaskan lagi bahawa WWIII memang boleh terjadi. Sebab perangai manusia yang membenarkan benda-benda keji ni terjadi. Salah satu bangsanya ialah bangsa Melayu sendiri. Bila kita nak berubah? Tepuk dada, tanya selera. Dah la. Malas aku nak tulis memanjang. Assalamua'laikum.

Labels: , , , ,



Tutuplah sebelum kamu ditutupkan buat selama-lamanya.
Thursday, March 29, 2012 » 12:45 PM » 0Comment(s)

Assalamua'laikum. Tengah hari ni, aku nak kongsi pendapat aku pasal wanita/gadis Islam yang memakai tudung, hijab, selendang atau apa-apa sahaja yang menutup kepala diorang.Sampai hari ni, aku ingat lagi apa yang ustat aku cakap kat aku tentang perbezaan tutup dan bungkus aurat ni.
Dia cakap, perempuan ni ibarat buah, mula-mula aku terkejut jugak dia cakap macam tu. Aku ingat dia dah buang tebiat, tapi dia macam tahu je apa yang aku pikir, dia cakap "tunggu dulu, dengar apa yang saya cakap baru awak nilai saya." Ok, cepat sangat melulu. Kemudian, dia sambung lagi, "kalau buah ni tertutup dengan paper yang tebal dan tak nipis, mesti tak ada semut, ulat, lalat yang nak singgah kat buah tu. Cuba awak bayangkan kalau buah tu tak dibalut dan ditutup, mesti banyak gila semut, lalat, ulat yang jerkah buah tu."

Seram bila tengok patung ni, kalo ni perempuan betul lagi seram! 
Pada hemat aku, lelaki boleh nampak kesalahan yang ada pada perempuan dan sebaliknya, perempuan juga boleh nampak kesalahan pada lelaki. Tapi tak pada jantina masing-masing. Kalau perempuan dengan perempuan, lain cerita. Begitu jugak dengan lelaki sama lelaki. Semua nampak orait je, semua nampak cantik, indah je. 
Elok ke? Aku rasa tak.

Ada sorang hamba Allah cakap kat sorang hamba Allah yang aku kenal dan dia bagitahu kat aku, yang secara jujurnya dia tak suka tengok perempuan Islam pakai tudung tapi tak pakai ikut syariat. Yang cakap tu bukan orang Islam, tapi orang kafir. 
Mak cik yang sudah buang tebiat.
Dia heran gila-gila kenapa seorang Muslimah boleh pakai cam orang bukan Islam. Terkejit? Terkejut? Aku rasa tak. Sebab isu ni dah lama bertapak kat tanah Melayu ni. Dah jadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan. Memakan kita tanpa kita sedari.


Aku terasa tahap gaban bila kawan Cina aku tanya kenapa aku pakai tudung, (报头) tak macam orang lain. maksud dia macam gambo kat atas ni. Kenapa aku tak pakai tudung macam tu. Aku cakap la kat dia yang semua orang ada option, pilihan yang dia suka. Kalo dia suka pakai tudung cam tu, sukati opah dia la. *sori kaso sket* 
Ingat, lelaki punya imaginasi lagi kuat daripada perempuan. Kalau dia nampak muka kita pun dia boleh bayangkan yang kita ni tengah buat perkara yang tak elok dengan dia. Ni bukan fakta yang aku buat-buat sendiri, tapi pengakuan daripada blogger yang aku follow sendiri. Dia tak tahan dengan seksaan yang ditujukan kepada kaum dia, kaum Adam. Wanita zaman sekarang ni yang zalim. Zalim kepada masyarakat dan zalim kepada diri sendiri. Kenapa torture lelaki? Diorang dah la tak ada sebarang ikatan sah dengan mana-mana perempuan, dapat saje tengok plak tu. Tak ke geram perasaan diorang. Akibatnya, kes rogol pun terjadi. Lepas tu, nak salahkan lelaki. Tak ke kejam tu? D:
Ok la, aku rasa sampai sini aje la aku membebel. Selamat tinggal. Assalamua'laikum. :) 
*komen kalau anda rasa sesuatu yang tak berapa nak betul, atau ada benda yang terbuku. Semua gambo ni diedit oleh admin*

Labels: , , , , , ,



GAY siot~
Monday, December 26, 2011 » 6:15 PM » 0Comment(s)

Assalamualaikum...haa~sekarang ni banyak blogger yang asyik tulis fasal perkahwinan gay atau homoseksual.
Ariff Alfian dan Azman Ismail antara berita yang hangat diperkatakan. Hairan, perempuan dan awek-awek Melayu dan Islam dekat dunia ni dah tak ada ke? Kebulur sangat ke nak bernikah dengan mat saleh tu?
Dah lah Gay, masa kahwin ada hati nak pakai Baju Melayu.

Memang aku tak berkenan dengan manusia yang berlagak pandai tapi hakikatnya bodoh. Ada desas-desus yang mengatakan dia ni bengang dengan blogger-blogger dan para media. Weh~kita orang kat sini pun tak heranla dengan hidup kau dengan suami kau tu.
PS:Jangan lah lelaki-lelaki budiman di luar sana yang ada hati nak ikut si mamat ni dan nak "mempertahankan hak" untuk mengamalkan perkahwinan sejenis dengan alasan tidak berminat dengan perempuan.

Labels: , ,



MUSLIM & CLOTHING
Friday, February 04, 2011 » 10:53 PM » 2Comment(s)

Assalamua'laikum. Nowadays, we can clearly seen that many Muslim people especially women wears "muslimah cloth" but in fact they are naked in many ways. They wear hijab or headscaft but they not covering they chest, they wear long sleeves and pants but it is so tight till you can notice their buttocks. I have to admit that nobody is perfect yet we surely can change.
Nowdays, Muslims are only Islam in their name only but in lifesytle their are not.Their clothing is just EXACTLY THE SAME AS NON-MUSLIM.Well, this is not shocking news,i myself notice it in my family.Government or Religion Department should really monitor the clothes that being sell in the mall because it is not EVEN ISLAMIC. So why they labeled these clothes as ISLAMIC WEAR??
I really hope that this phenomena will end it the right way...Muslims are getting away from the right path.They now don't even care about sin and deed.Maybe my Ustaz was right,the apocalypse is getting near..and we suppose to getting ready. I just wish that my family and me will escape the Hell and continuing our permenant life in His Heaven.
Amin Ya Rabbal A'lamin..Wallahu A'lam :)http://www.youtube.com/watch?v=i5paf9GnEBw

Labels: , , , ,








© uniquelycorn™ 2017 | Powered by Blogger

My Profile

Dishonour to your cow. Now pour the tea.
View My Complete Profile
Page
C'mon. Have a click

Other Worldly
Rumors are made by people who just want attention from the person they made it about. :)
Tags and Labels
Time Bomb!!


· Wishes ·
Finish my degree
Balas jasa parents
Get a decent job
Control my temper
Be a better person
Me Elsewhere ♥
Ask me sh!ts
Click it!!
Hate me?
Say What You Want
Say something that please you. I accept both good and hate comment. Be a troll!!
Tweetz
I just want to pump up my blog and put this widget. I'm SO out of idea. Dammit
My house, my PROUD
SLYTH ERIN
{ wear }


Icons by » This fella.
Press Them
The Fray
All Time Low
Trivium
Evanescence
Breaking Benjamin