...polysyllabic...
Hello welcome to my online diary. Feel free to read and post comments!

The Posts

Sebab aku tak tonton drama Melayu.
Wednesday, March 07, 2012 » 6:07 PM » 3Comment(s)

Assalamua'laikum. Haa, nampak tak tajuk entri aku. Aku memang suka tahap maksimum kalau bab tengok TV dan filem ni. Tapi secara jujurnya, aku memang jarang tonton drama Melayu. Apa drama yang meletup sekarang ni? Vanilla Coklat kan? Tanya adik-adik aku, bahkan nenek aku sendiri. Aku ngan keluarga aku memang jarang tengok drama Melayu. Tadi, masa nak download video The Fray, aku check inbox YouTube aku. Ada budak yang cadangkan aku satu video ni. Video aksi si hero dan heroin pelakon drama tersebut bermanja-manja. Dia tulis kat aku, "hey, trylah tengok video yang saye bwat ni. Cutekan diorang. Saye ske ngan Zarrra n Amirr. Cute sgt2!!!" Adoi, dari gaya penulisan dia aku boleh agak yang minah ni fanatik dengan cerita ni. Aku balas la mesej dia yang menyampah tu, aku jawab "K" je. Rasakan kau!
Video ni memang buat aku tak senang duduk. Aksi pegang-pegang pipi, sikat-sikat rambut, tarik-tarik hidung sememangnya boleh mengugurkan jantung aku. Kalau ada orang buat macam tu depan aku, nescaya aku bagi dia turning kick. Okey, kita ambil dari sudut negatif maksud aku positif drama cikai comel ni. Hubungan yang utuh antara suami dan isteri. Aku rasa lah, sebab aku tak tengok drama ni. Si suami sayang isteri vice versa.

Dan ibu bapa mereka tak suka. Sekali lagi, aku cuma agak-agak, tapi selalunya cerita Melayu macam tu. Langsung tiada perubahan. Hampir semua drama macam tu. Kawan aku punya ayah yang juga merupakan ayah aku punya kawan suruh anak-anak dia jangan tengok cerita Melayu sebab tiada nilai katanya. Anak-anak dia selalu cakap abah diorang tu pengarah. Boleh bayangkan tak? Hampir setiap minit dia boleh tau. Super professor!
Nenek aku, yang berumur 84 tahun tu cakap kalau tengok cerita Melayu ibarat menghabiskan api atau elektrik. Dia cakap lagi yang gedik orang Melayu nampak gila, tapi gedik orang putih tak nampak. Maksudnya, orang Melayu berpakaian seksi memang hodoh tapi kalau orang Barat pakai apa pun nampak elok sebab itu memang lumrah dan cara hidup mereka. Kalau engkau dah dilahirkan sebagai orang Timur, lebih-lebih lagi orang Melayu yang azalinya beragama Islam, sampai mayat engkau reput pun engkau tetap orang Melayu. Ada paham?
This is how I look like when I'm watching Malay shows..ceh speaking plak kao.
Selain daripada membikin drama yang predictable, lagu-lagu Melayu pun macam tu. Tapi selalunya lagu pop yang pelik-pelik. Tak ada makna tersirat mahupun tersurat. Asyik pasal cinta, putus cinta, kemewahan, cinta lagi, cinta segi tiga la, cinta empat segi tepat la, teman mesra la dan banyak lagi karya-karya yang sememangnya merapu-rapu. Adik aku yang 5 tahun pun tahu buat lagu twinkle twinkle little star versi dia sendiri. Bak kata Matluthfi90, orang Melayu pandai buat drama yang berkuantiti, tetapi tak berkualiti. Betul kata professor ni. Tabik kat engkau Mat!
Aku tahu. Entri-entri aku selalunya buat orang tak senang duduk dan korang rasa nak robek muka aku nikan? Aku pernah dapat several mesej dari anon yang maki-maki aku lah. Nak tabuh aku la. Tapi aku ambil dari sudut yang positif. Maknanya ada orang yang sudi menegur aku. Tapi dia sebenarnya piss off dengan aku sebab aku tegur dia. Padahal aku tak sebut nama dia dalam entri aku. Siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya. Betul tak?
Tangan pun dah kebas, aku dah blah. Assalamua'laikum.
P/S: Harap maaf sekiranya ada kesalahan tatabahasa, ejaan, mahupun perkataan atau ayat yang menyebabkan ketidakselesaan. Sila beri komentar. Arigatou. :)

Labels: , , , , ,








© uniquelycorn™ 2017 | Powered by Blogger

My Profile

Dishonour to your cow. Now pour the tea.
View My Complete Profile
Page
C'mon. Have a click

Other Worldly
Rumors are made by people who just want attention from the person they made it about. :)
Tags and Labels
Time Bomb!!


· Wishes ·
Finish my degree
Balas jasa parents
Get a decent job
Control my temper
Be a better person
Me Elsewhere ♥
Ask me sh!ts
Click it!!
Hate me?
Say What You Want
Say something that please you. I accept both good and hate comment. Be a troll!!
Tweetz
I just want to pump up my blog and put this widget. I'm SO out of idea. Dammit
My house, my PROUD
SLYTH ERIN
{ wear }


Icons by » This fella.
Press Them
The Fray
All Time Low
Trivium
Evanescence
Breaking Benjamin