Sunday, March 11, 2012 » 6:37 PM » 2Comment(s)
Assalamua'laikum. Dah 3 hari tak menulis. Entri daripada blog-blog lain pun tak rancak macam dulu. Asal buka blog, tak ada entri langsung. Bayangkan. Aku follow 54 blog dan tak ada sorang pun yang mengupdatekan blog diorang. Justeru itu, aku nak follow banyak blog lagi. Tulis kat cbox tu. InsyaAllah aku follow. Baru gempak sikit reading list aku. Kalau blog kau ade inappropriate content, sampai habis pun aku tak nak follow kau.Semalam, lepas habis tengok X-Men dan Dr.Jekyll and Mr. Hyde, lebih kurang pukul 4 pagi. Aku bukak YouTube dan cari la trailer movie Knowing lakonan Nicholas Cage, pelakon favorite akak aku. Aku dah tengok movie ni, tapi tak puas hati dengan jalan cerita movie ni. Aku nak zoom apa yang pelik dalam cerita ni. Ada ke patut ending dia semua orang mati dek kerana solar flare atau ribut solar. Ish ish ish~
Poster cite nih. Buruk kan? Aku lukis lagi lawa XD |
Persoalan yang tercetus dalam kepala aku, kenapa tajuk filem ni Knowing atau mengetahui? Apa yang umat manusia tahu tentang bencana alam atau kiamat serta perkara akhirat? Sebelum aku tulis entri ni, aku dah buat research pasal numerology (lagi sekali) dan pasal al-Quran dan Bible.
(Al-Baqarah 2:33) Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkan semua nama benda-benda ini semua kepada mereka."Maka, nabi Adam as. menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan."
Dalam kitab Bible (kitab yang sememangnya palsu, tiada ragu-ragu lagi) ada menyebut tentang bencana ni. Ia tercatat dalam surah Genesis 2:9 dan Genesis 3:5 (itu je yang aku sempat cari) -_-'
Maknanya, Tuhan ada menyebut tentang bencana yang bakal berlaku, telah berlaku dan sedang berlaku dan manusia boleh selidik dan ramal apa yang terjadi dahulu, sekarang dan seterusnya tapi tak selalunya tepat.*Sebab tu aku tengah korek-korek numerologi nih*
Sipnopsis.
Pegi Wiki je la, malas aku nak taip. :\ Jadi, si hero Prof John tak percaya dengan kewujudan Tuhan dan perkara ghaib dan dia hanya percaya pada sains semata-mata. Tapi, dia tahu dengan kewujudanNya. Yang betul-betul mencelarukan pikiran ialah Malaikat dalam cerita ni ialah alien. Naik kapal angkasa lagi. Adakah si Alex ni nak manipulasikan pemikiran masyarakat dunia supaye percaya yang Malaikat tu alien dan Tuhan itu ialah matahari? Seperkara lagi, dia nak kita tertanya-tanya bahawa adakah kehidupan yang lain selepas kehidupan ni. *Mestilah akhirat bhai.* Bukan, maksud aku, kelahiran semula yang cerita ni ialah macam istilah penganut Hindu dan Buddha percaya tuh...lepas mati, kita dihidupkan balik sebagai orang atau makhluk lain sampai semua dosanya terhapus dan didarjatkan sebagai Tuhan. *Sebab tu diorang percaya pada banyak Tuhan. Buduh betul* Dan itulah KARMA BONGGOK! KARMA TU ORANG KAFIR JE YANG PERCAYA, LEBIH-LEBIH LAGI PAGANISM: HINDU DAN BUDDHA. YANG KAU ASYIK CAKAP PASAL KARMA TAK RENTI-RENTI KENAPA BHAI!!! *Bukan kau yang tengah bace tu la, retis-retis yang banyak cakap cam ni. Nyampah gila aku.*
Natijahnya, si pengarah ni nak bagi tau yang orang gifted boleh terselamat daripada bencana solar flare tu dan yang lain semua mati terbako sebab solar flare melanda bumi dan Tuhan itu umpama matahari dan apabila Dia marah, Dia bako kita dengan api matahari serta dia nak kita percaye yang Malaikat tu alien.
Illustrasi karut
Gambar kat atas ni dilukis oleh Matthew Merian the Elder . Gambar ni adalah kejadian yang ada kena-mengena dengan filem ni dan diterangkan dalam Buku Ezekiel, Ezekiel 1:3. Buku ni orang Yahudi punya, sudah tentulah menyesatkan. Konklusinya, cerita ni mengarut dari segi agama yang boleh memesongkan akidah jikalau percaya yang solar flare boleh mengakibatkan kiamat. Memang boleh jadi. Tapi, urusan kiamat hanya Allah seorang je yang tahu. Tak de pun ahli numerologi pun yang tahu bila tarikh kiamat atau bencana yang bakal berlaku. Dia je yang tahu tu. Ingat.
Dah lah, aku rasa jari aku dah kembang dah. Aku nak rehat. Assalamua'laikum.
PS: Kalau nak tengok cerita atau movie, pastikan apa yang kita tengok tu sahih ke tak sahih. Walaupun tu fiksyen. Sorry eh, entri kali ni sikit gambar. :)
Labels: Christian, Islam, Movies, Numerology, Religion, Yahudi
º Latest Post º Older Posts º
My Profile
Dishonour to your cow. Now pour the tea.
View My Complete Profile
Page
C'mon. Have a click
Other Worldly
Rumors are made by people who just want attention from the person they made it about. :)
Tags and Labels
Time Bomb!!
· Wishes ·
Me Elsewhere ♥
Ask me sh!tsClick it!!
Hate me?
Say What You Want
Say something that please you. I accept both good and hate comment. Be a troll!!Tweetz
I just want to pump up
my blog and put this widget.
I'm SO out of idea. My house, my PROUD
{ wear }
Icons by » This fella.
Press Them
The Fray
All Time Low
Trivium
Evanescence
Breaking Benjamin