...polysyllabic...
Hello welcome to my online diary. Feel free to read and post comments!

The Posts

Sebab kita makin tua.
Monday, June 11, 2012 » 3:08 AM » 0Comment(s)

Assalamua'laikum.
Jam dekat pc aku sekarang ni dah menunjukkan pukul 2:11 pagi. Mata aku masih segar dek kerana dah terlelap lepas Isyak tadi.
Kemudian, masak mee segera sambil nonton movie kat tv2. Ocean's Thirteen, sekuel untuk Ocean's Eleven dan Ocean's Twelve. Pasal sorang penjenayah berkolar biru yang nak balas dendam dan bla bla bla. Bayangkan. Budak hingus macam aku boleh tengok cerita bertaraf dewasa. Maksud aku cerita yang budak-budak lain tak suka nak tengok sebab genre cerita ni drama, komedi dan drama. Senang cerita movie ni taste orang beso, budak macam aku ni layak tengok cerita Boys Over Flower macam tu.
Jadi, apa kaitan cerita aku tengok movie ni dengan tajuk aku yang tak boleh blah tu? Senang. Perasaan. Benda ni sentiasa berubah-ubah tanpa kita sedari. Sebab apa? Sebab kita makin tua. Ya. Tua.
Perkataan yang jarang perempuan middle 30's suka. Tapi aku belum lagi 18 tahun. Kenapa aku tertouching pulak pasal benda ni?
Sebab dunia. Aku tak rasa dunia ni macam dulu. Kehidupan sekarang memang lain. Adik aku tahu main komputer game, tahu macam mana nak pakai touch screen dan banyak lagi benda pelik yang dia buat. Sedangkan aku ni terkial-kial nak gunakan touch screen. Dia main rilek je. Macam mana aku perasaankan perkara ni? Sebab aku makin tua.

ala-ala macam ni la dia main

Kejap je rasanya. Aku ingat lagi masa aku kecik-kecik dulu. Main Tommy and Oscar. Seronok gila main. Nak cari jongkong emas kononnya. Padahal, kami guna opah kami punya sabut untuk basuh pinggan. Main gelap-gelap. Main dekat tingkat atas rumah opah. Semua dah berkumpul, osom, lepas tu siapa yang kalah kena cari semua orang dalam keadaan gelap-gelita tu. Tapi lama-lama nampak jugak. Seronok.


Adik aku pulak nak keluar rumah pun susah. Bila tanya kenapa, dia jawab balik sebab nak tengok Jimmy Neutron, lepas ni ada Spongebob Squarepants. Tak boleh pergi main katanya. Secara jujurnya, aku tak pasti sama ada aku ni cemburu atau risau dengan kehidupan too modern diorang ni.
Kalau zaman ni dah pesat, macam mana masa akan datang? Mungkin jugak ada kereta terbang. Tak mustahil. Mungkin ada jugak rumah yang akan muncul kalau kita campakkan kapsul dalam cerita Dragonball tu. Boleh jadi.
Natijahnya, semakin moden, semakin rosak. So, macam mana aku nak besarkan anak dalam keadaan macam ni. Aku pun tak tahu. Yang aku tahu, dunia dah lain. Dan sebab kita makin tua.

Labels: , ,








© uniquelycorn™ 2017 | Powered by Blogger

My Profile

Dishonour to your cow. Now pour the tea.
View My Complete Profile
Page
C'mon. Have a click

Other Worldly
Rumors are made by people who just want attention from the person they made it about. :)
Tags and Labels
Time Bomb!!


· Wishes ·
Finish my degree
Balas jasa parents
Get a decent job
Control my temper
Be a better person
Me Elsewhere ♥
Ask me sh!ts
Click it!!
Hate me?
Say What You Want
Say something that please you. I accept both good and hate comment. Be a troll!!
Tweetz
I just want to pump up my blog and put this widget. I'm SO out of idea. Dammit
My house, my PROUD
SLYTH ERIN
{ wear }


Icons by » This fella.
Press Them
The Fray
All Time Low
Trivium
Evanescence
Breaking Benjamin