Tuesday, March 24, 2020 » 7:22 PM » 0Comment(s)
Dah lama tak buat entri, jadi kali sebab rajin saya nak buat sedikit coretan dekat blog usang saya ni. Lama tak tulis, bertahun lamanya. Sebab sekarang saya fokus dekat blog Tumblr saya, selalu baca puisi, sajak,nukilan-nukilan kat sana. Ada je pandang serong orang yang ada akaun Tumblr ni. Tapi hasrat asalnya untuk creator okay. Kome je yang bukan-bukan suka burukkan benda yang bagus.
Okay tanpa buang masa nak taip laju-laju, saya nak celoteh sikit. Sekarang baru bulan Mac 2020, tapi Allah dah turunkan banyak sangat ujian dekat hambaNya. Awal tahun sahaja dah ada tragedi; antaranya: salji runtuh kat Pakistan, gempa bumi kat Indonesia, gunung berapi meletus kat Filipina, hutan Australia terbakar, Trump nak gaduh dengan Iran (boleh terjadi perang dunia ke-3), artis-artis meninggal secara menejut dan terbaru sekali (actually sejak November 2019) iaitu Covid-19 atau Corona Virus, bukan Carbonara.
Ada yang panggil bala ada yang panggil ujian. Tapi kat sini kita boleh lihat kebesaranNya dalam menurunkan apa jua bentuk kesedaran untuk hamba-hambaNya. Siapa je tak sedih bila ada sanak saudara meninggal, saya pun pernah kehilangan sanak saudara – Ayah saya pulak tu. Tapi kehilangan sebab Covid-19 ni memang hiba, seperti yang kita maklum, jenazah diuruskan oleh beberapa orang sahaja, ahli keluarga tidak boleh mandikan, kapankan, solatkan dan iringi jenazah hingga ke liang lahad, apatah berikan ciuman pelukan terakhir. Hiba dan pilu :(
Tapi semua itu Allah dan tentukan, siapa kita nak pertikaikan kehendakNya. Kita pun hamba sahaja, tak cukup kecukupan hidup macam oksigen je dah boleh meninggal, baru satu keperluan, belum yang lain-lain lagi.
Kat entri kalini saya nak ajak semua untuk tengok balik salah silap kita selama ni. Mungkin ujian kalini kita boleh jadi lebih baik dari diri kita yang dulu. Solat kita boleh jaga, mengaji kita boleh lamakan, eratkan silaturrahim pun boleh – yang ni saya akan usahakan lebih lagi inshaaAllah, dan lain-lain perihal.
Tatkala saya tulis entri ni saya dekat tepi tingkap depan laptop usang saya yang berusia sepuluh tahun. Ya saya work from home, ni hari kedua saya, Esok saya akan masuk branch semula, tu pun bank saya mungkin tak beroperasi seperti biasa.
Akhir kata, jaga diri semua. Buat keluargaku, semua jaga diri ya, Aminah jangan nakal-nakal. Buat jantung hati, jaga diri juga :) jangan sleepy je tau. Dan buat semua sahabat handai dan yang membaca ini, semoga Allah merahmati kita semua, aminn.
Labels: 2020, Covid_19, Tragedy
My Profile
Dishonour to your cow. Now pour the tea.
View My Complete Profile
Page
C'mon. Have a click
Other Worldly
Rumors are made by people who just want attention from the person they made it about. :)
Tags and Labels
Time Bomb!!
· Wishes ·
Me Elsewhere ♥
Ask me sh!tsClick it!!
Hate me?
Say What You Want
Say something that please you. I accept both good and hate comment. Be a troll!!Tweetz
I just want to pump up
my blog and put this widget.
I'm SO out of idea. My house, my PROUD
{ wear }
Icons by » This fella.
Press Them
The Fray
All Time Low
Trivium
Evanescence
Breaking Benjamin