...polysyllabic...
Hello welcome to my online diary. Feel free to read and post comments!

The Posts

Untuk si kumbang
Monday, February 16, 2015 » 2:30 AM » 0Comment(s)


Kehadirannya tidak diduga apatah dipelawa

Tidak pula disangka dirinya membawa cahaya ria

Kepada sekuntum bunga redup malap sentiasa

Kumbang segak cantik bermekar senyuman tawa

Berjaya mengukir si kuntum bunga gembira

Berbeza alam berbeza dunia berbeza semuanya

Tidak disangka itu penguat jiwa kedua mereka

Tatkala hujan meniup kencang meranalah si bunga

Kelabulah dunia si bunga tiada lagi ukiran gembira

Mencurah tangisan si bunga renek hibanya bergelora

Datang si kumbang membawa teduh bunga

Tadahnya tangisan hujan menderu laju bunga

Mendengar segala sedih hiba bunga sentiasa

Rintihan bunga dengarnya kumbang peka

Susah senang hujan panas mereka bersama

Ribut petir taufan bermalapetaka ditempuh berdua

Tatkala bunga rebah ke bawah tidak bernyawa

Kumbang menguatkan bunga kembali ke dunia

Tahannya kumbang dengan bunga sezaman lama

Segala kerenah pahit jerih dihadamnya tanpa berkira

Diasing keluarga sang kumbang tidaknya berkata

Dijauhnya sarang sang kumbang tidak hiba

Semuanya kerana rintihan si renek bunga sentiasa

Supaya dirinya terjaga rapi mekarnya lama

Sekiranya berjauhan lama si kumbang dari sisi si bunga

Tidaklah boleh si bunga lena malam seperti biasa

Dek kerana tiada lihat sang kumbang di depan matanya

Berjagalah dunia si bunga dimasa kehidupan berlena

Teringatkan perihal sang kumbang dalam mindanya si bunga

Makankah sudah? Mandikah sudah? Semuanya bercelana di minda

Tiadanya senang si bunga tanpa sang kumbang di mata

Gelodaknya diri menahan rindu dan kasih si bunga

Tangisi bunga sendirian tanpa si kumbang berada bersama

Bilakah boleh hidup bersama menempuh sah bersama

Bilakah boleh suka duka ketawa ria selamanya berdua

Bilakah saat manis itu akan tiba kepada mereka

Bilakah panggilan sayang pemanis dunia akan tiba di telinga

Bilakah akan dunia mereka bercantum gabung bersama berdua

Hanya masa yang ditagih mereka untuk mengecapi semua

Hanya restu diperlukan untuk menjalinkan dunia

Hanya doa perlu dipanjatkan untuk berdua selama

Tatkala si bunga menulis puisi ini sebelum sang kumbang membacanya

Turunlah air mata menangisnya si bunga

Tuhan, rindunya aku akan hamba-Mu si kumbang ria

Rindunya aku ketawa cerianya

Rindunya aku kata-kata manis untuk dicerna

Tuhan, bagilah kami bersama ke hujung nyawa

Jinjinglah kami agar ke syura dan bukannya neraka

Bimbinglah kami ke jalan-Mu yang sepatutnya

Rintih si bunga kapada sang Pencipta

Diharapkan agar kumbang terus bersemangat sentiasa

Si bunga ada di belakang untuk menolongnya

Sudah disumpah untuk berpayah gembira berdua

Sudah disumpah untuk menolong dirinya

Agar ke matlamat yang dikehendaki mereka

Kumbang, sayangilah si bunga dengan sepenuh nyawa

Kerana bunga tiada tempat lain untuk bertaut apatah meminta

Hanya kumbang pemanis ceria segala-galanya

Hargailah bunga seperti berlian sebutir bernilai berjuta

Kerana si bunga menajaga kumbang dengan sepenuh jiwa raga nyawanya

Tiadalah niat untuk mendua apatah mentiga

Tiadalah niat untuk mencari kumbang segak lain di dunia

Tiadalah niat untuk merendahkan sang kumbang ceria ria

Kerana hanya kumbang ini lah yang sentiasa di dalam jiwa si bunga

Si bunga berharap agar berkekalan bersama selamanya berdua

Diharapkan agar sang kumbang begitu juga

Sayang, kasih, cintanya bunga kepada kumbang ria

Kerana dia lah pemanis dunia si bunga ke akhir dunia

Akhir kata si bunga,

Pinta maaf kepada kumbang di atas kesalahan dosa yang menguris hatinya

Semoga mereka berkekalan buat selama-lamanya

ps: Sorry kalau tak sedap. Buat ni pun masa lepas Maghrib semalam sambil nangis hahaha ☺

Labels: , , , ,








© uniquelycorn™ 2017 | Powered by Blogger

My Profile

Dishonour to your cow. Now pour the tea.
View My Complete Profile
Page
C'mon. Have a click

Other Worldly
Rumors are made by people who just want attention from the person they made it about. :)
Tags and Labels
Time Bomb!!


· Wishes ·
Finish my degree
Balas jasa parents
Get a decent job
Control my temper
Be a better person
Me Elsewhere ♥
Ask me sh!ts
Click it!!
Hate me?
Say What You Want
Say something that please you. I accept both good and hate comment. Be a troll!!
Tweetz
I just want to pump up my blog and put this widget. I'm SO out of idea. Dammit
My house, my PROUD
SLYTH ERIN
{ wear }


Icons by » This fella.
Press Them
The Fray
All Time Low
Trivium
Evanescence
Breaking Benjamin