...polysyllabic...
Hello welcome to my online diary. Feel free to read and post comments!

The Posts

Saat yang ingin ku gapai semula. :\
Thursday, March 01, 2012 » 1:36 PM » 0Comment(s)

Assalamualaikum. Kali aku nak tulis dalam Bahasa Melayu pulak. Aku tahu, banyak entri aku yang berbahasa Inggeris. Bukan apa, takut nak guna Bahasa Melayu, takut salah peribahasalah, salah tatabahasalah, macam-macam lagilah. Sebab tu kurang entri dalam Bahasa Melayu. Mungkin sebab jarang guna.
Kali ni, nak cerita fasal sekolah aku. SMJK Poi Lam, 300000, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Atau  pun dikenali sebagai 培南国中. Sekolah aku kecik, tak besar mana. Tak ada padang, yang ada pun tapak bola keranjang dan bola tampar.
Ada satu dewan serbaguna dan satu dewan besar (dewan ni tak besar pun, kalau semua budak sesi pagi, form 3 sampai form 5 ada kat situ, boleh jadi macam ikan sardin, mampat habis!). Tapi dewan ada penghawa dingin. Masa aku SPM dulu, syok gila ah. Dah lah aku seorang je budak Melayu kat situ, tambah pulak, aku seoang jek yang pakai baju tangan panjang. Kesian aku tengok budak-budak Cina ni, mengigil sejuk. Tambah pulak, cikgu yang jaga kita orang tak tau camana nak betulkan ait-cond tu. Dah lah jaket tak boleh bawak masuk. Dalam hati aku seronok jugak nampak diorang cam tu. Padan muka korang. Muahahahaha!! >///<
Bayangkan, dalam form 5 tu, cuma ada 3 orang budak Melayu. Aku, Khairil yang hot-stuff dan Arash yang gila-gila. Masa dulu, ada 8 budak Melayu, kemudian jadi 7, kemudian 3 je yang tinggal. Shida pegi Kedah, sebab ayah dia kena tukar kerja. Polis, biasalah. Siti tukar sekolah teknik, Yana pun sama, Hakeem pegi Gopeng.
Dan, kenangan tetap ada. Apasal aku jadi jiwang-jiwang ni??? Maklumlah, lepasan SPM. Lebih-lebih lagi yang menganggur cam aku ni. Kerja tak de, PLKN tak dapat. Duduk rumah, mengelamum. Tapi, hakikatnya cam tu. Baik, buruk semua ada. Cukup rasa bak kata orang.

Masa f4

Aku tahu, aku scan buruk kan? -_-' Tak kisah lah.. Tu lah.. Macam Encik Tan, cikgu BM aku cakap. (Terkejut kan? Cikgu Cina boleh ajar BM dan tak ada sorang pun pernah dapat E) Tiada siapa yang sempurna. Dia memang selalu nasihat kami. Aduh~ aku nak sekolah balik. Rindu kot kat kelas aku. Walaupun aku seorang je Melayu dalam kelas tu. T^T.
Dah lah, aku nak berhenti taip ni. Assalamualaikum..

Labels: , ,








© uniquelycorn™ 2017 | Powered by Blogger

My Profile

Dishonour to your cow. Now pour the tea.
View My Complete Profile
Page
C'mon. Have a click

Other Worldly
Rumors are made by people who just want attention from the person they made it about. :)
Tags and Labels
Time Bomb!!


· Wishes ·
Finish my degree
Balas jasa parents
Get a decent job
Control my temper
Be a better person
Me Elsewhere ♥
Ask me sh!ts
Click it!!
Hate me?
Say What You Want
Say something that please you. I accept both good and hate comment. Be a troll!!
Tweetz
I just want to pump up my blog and put this widget. I'm SO out of idea. Dammit
My house, my PROUD
SLYTH ERIN
{ wear }


Icons by » This fella.
Press Them
The Fray
All Time Low
Trivium
Evanescence
Breaking Benjamin